top of page

Marilah Mohon

Sistem Pendidikan yang sedia mengharungi cabaran masa hadapan, untuk setiap kanak-kanak.

Apakah pendapatmu? Adakah sistem pendidikan Singapura pada masa kini mampu mendidik setiap kanak-kanak sesempurna mungkin?

Adakah kami mampu mempertingkatkan daya kreatif, daya pemikiran kritikal, daya tahan mental, dan kemahiran pergaulan dan emosi mereka, untuk hadapi cabaran di Singapura pada masa hadapan? Kami, yang juga ibu bapa, berpendapat bahawa jawapannya adalah ‘tidak’.

Baru-baru ini, warga Singapura diundang untuk menyumbang harapan dan aspirasi kepada inisiatif ‘Forward Singapore.

Kami sebagai ibu bapa prihatin mengesyorkan 3 perubahan utama untuk membawa sistem pendidikan pulang ke landasan. Kami telah berbincang dengan ramai ibu bapa, guru-guru, ahli akademik, dan pelajar-pelajar. Kami juga akan libatkan lebih ramai lagi warga Singapura untuk dapatkan maklum balas atas rancangan kami. Kesemua ini akan disalurkan ke pemimpin Generasi keempat di sesi konsultatif ‘Forward Singapore’.

Bersuaralah dan mohonlah perubahan yang anak-anak kita semua perlukan.
 

Apakah Masalahnya?

Sebagai seorang ibu / bapa / guru / pelajar / warga yang prihatin: Pernahkah anda menghadapi perkara-perkara berikut?
●    Seorang kanak-kanak yang merasakan kesemua mata pelajarannya terlalu susah?
●    Seorang kanak-kanak yang tiada minat di sekolah, atau tiada minat untuk belajar?
●    Seorang kanak-kanak yang menghadapi tekanan / masalah emosi?
●    Bimbang akan masa hadapan anak?
●    Bimbang anak anda tidak dapat mencapai taraf kehidupan setanding anda?
●    Berpendapat bahawa anak anda boleh meraih pencapaian yang lebih tinggi sekiranya anda lebih wang dan mampu mendapatkan tuisyen untuknya? 
●    Terpaksa mengambil cuti untuk membimbing anak yang bakal menduduki PSLE?
●    Mempunyai tali perhubungan yang semakin tegang dengan anak anda, dan buntu akan cara untuk mendorong mereka untuk terus berjuang?
●    Kurang pasti samada anda sudah melakukan sedaya upaya sebagai seorang ibu/bapa demi mempersiapkan diri untuk masa hadapan?

I truly believe we have the resources to allocate to Education to make these very needed changes happen. As a teacher, I have found that smaller class sizes make an enormous impact on the interactions I am able to have with each child as well as a student's ability to have their voice heard in class.

Sonya Mohinani

High School English Teacher (ex-MOE)

<
<

Adakah sistem pendidikan Singapura sudah melakukan yang terbaik untuk setiap kanak-kanak?

Adakah keadaan ini yang paling sempurna untuk kanak-kanak, ibu bapa, dan guru-guru? Singapura adalah sebuah negara kaya dan maju, yang mendahului negara-negara lain dalam banyak perkara. Kita sememangnya mampu memperelokkan pendidikan kanak-kanak kita.

*penggunaan istilah 'sistem pendidikan', 'sekolah', 'bilik darjah', 'guru', 'Pengetua' dan 'MOE' dalam lelaman ini dan lelaman-lelaman berkaitan berdasarkan keadaan di sekolah-sekolah rendah dan menengah di Singapura, melainkan diterangkan sebaliknya.

Anak-anak Kita Berhak Diberikan Perubahan

Ketika kita melalui perjalanan dari Dunia Ketiga ke Pertama, sistem pendidikan Singapura memang sesuai untuk membangun masyarakat.

 

Akan tetapi, sistem ini semakin lapuk dek perkembangan zaman. Ianya mungkin menjejas ekonomi masa hadapan Singapura, kesihatan mental anak-anak kita, perhubungan antara ibu/bapa dan anak, dan lain-lain lagi.

Terlalu menitikberatkan akademik dari umur muda boleh memudaratkan kesihatan mental anak-anak kita.

Hal ini mungkin mendatangkan tekanan bagi guru-guru, hubungan ibu bapa dan anak, dan kerjaya ibu bapa (kebanyakkan kerjaya ibu).

Kekurangan sumber di sekolah rendah membuat ketidaksamaan lebih ketara.

Jika ada terlalu ramai murid di dalam sebuah kelas, guru yang mengajar tidak dapat berikan tumpuan yang mencukupi kepada setiap murid. Tambahan pula, masih kurang pembimbing profesional di dalam kelas. Hal ini mendorong ramai untuk mendapatkan tuisyen untuk anak-anak mereka, jika mereka berkemampuan.

Tumpuan diberi kepada kemahiran zaman lalu.

Anak-anak kita haruslah diterapkan kemahiran bekerjasama, kreatif, dan EQ yang tinggi. Ini akan memberikan mereka daya saing di gelanggang ekonomi masa hadapan. Jauh berbeza dengan sistem pendidikan masa ini, yang menerapkan nilai persaingan, bertatatingkat, dan konformis.

Hal ini semua menyemai masalah yang bakal menjadi penghalang bagi masyarakat kita mencapai daya tahan tinggi, kesepaduan, inklusif, inovatif, dan ekonomi mantap.

Sistem pendidikan bertaraf antarabangsa tidak bermaksud menerajui tangga PISA sahaja. 

Memaksimumkan daya pembelajaran dan perkembangan perasaan dan pergaulan setiap anak
Mengenal pasti dan memperkembangkan kekuatan dan kebolehan untuk menangani ekonomi masa hadapan
Dan sekaligus mempertahankan kesihatan mental
Dan sekaligus mempertahankan kesihatan mental

Bagi kami, ianya membawa maksud:

3 Perubahan Utama agar kita pulang ke landasan

Tidak melebihi 25 kanak-kanak dalam setiap kelas.

Sistem pendidikan bertaraf antarabangsa tidak akan tercapai sekiranya ada 35-40 murid dalam bilik darjah. Purata murid dalam setiap kelas di negara maju lain adalah 20.

Peta menunjukkan purata murid dalam sekelas sekolah rendah (di sekolah awam/ pemerintah) di 25 negara pertama kedudukan PISA. Hanya negara Cina sahaja yang mempunyai bilangan murid dalam sekelas yang melebihi Singapura.

Memperbolehkan kanak-kanak untuk belajar dalam sekolah rendah dan sekolah menengah gandingan (PSLE tidak diwajibkan).

PSLE adalah peperiksaan taruhan besar di peringkat nasional yang diduduki pada usia muda 12 tahun. PSLE tidak dapat menilai secara saintifik daya pembelajaran seorang kanak-kanak. Ada cara lain yang lebih berkesan untuk menilai daya pembelajaran pada usia ini, sepertimana kami terangkan dalam kertas putih kami.

 

Berikut menyenaraikan umur pelajar ketika menduduki peperiksaan peringkat nasional pertama di 25 negara-negara yang menerajui tangga PISA. Pelajar-pelajar di kesemua negara harus menduduki peperiksaan peringkat nasional, akan tetapi pelajar di Singapura terpaksa menduduki peperiksaan tersebut sebelum usia 15 tahun.

Berikan sokongan profesional untuk pelajar-pelajar dan guru-guru sekolah.

Kita tidak boleh mendapat pengiktirafan sistem pendidikan bertaraf antarabangsa tanpa kaunselor, ahli terapi, ahli psikologi, dan penyokong pembelajaran profesional yang mencukupi dan yang bertauliah. Di negara maju lain, sokongan profesional seperti ini wujud di sekolah-sekolah.

Perubahan ini akan dapat:

  • Berikan sekolah-sekolah dan guru-guru masa, ruang dan sumber untuk menumpukan perhatian kepada setiap kanak-kanak. Agar mereka dapat mencungkil yang terbaik daripada setiap kanak-kanak, tidak kira latar keluarga mahupun cara pembelajaran.

  • Sediakan persekitaran sekolah yang selamat dan membangun yang menghormati semua kanak-kanak. Agar mereka rasa selamat dan yakin untuk mengasah daya kreatif, daya tahan dan daya pergaulan - yakni kemahiran penting bagi ekonomi masa hadapan. 

  • Berikan setiap kanak-kanak masa, ruang dan sumber untuk meneroka dan mengasah kekuatan, kesedaran diri, dan keprihatinan. Agar mereka rasa yakin menghadapi masa hadapan pasca sekolah menengah dengan keyakinan akan kekuatan dan bakat masing-masing.

  • Agar wujud sistem pendidikan sejagat yang mampu mengasuh kesemua kanak-kanak, tidak kira latar sosioekonomik atau daya pembelajaran, demi ekonomi masa hadapan.

Perubahan ini akan menolong guru-guru dan pengetua-pengetua sekolah yang membanting tulang dan menyumbang masa dan tenaga mereka di sekolah. 

Ini akan memberikan mereka lebih ganjaran, mengurangkan beban mereka, dan lebih ramai guru yang ingin terus bekerja di sekolah-sekolah.

Bersama kita boleh

menggalakkan perubahan

Sebagai warga Singapura yang juga ibu bapa, guru, majikan, pengundi dan pembayar cukai, kita harus berganding bahu dan bersatu suara, tanpa mengira kaitan atau pandangan politik, demi mengubah 3 ciri utama dalam sistem pendidikan kita.


Ketiga-tiga ciri ini sudah diterapkan hampir semua negara maju. Ciri-ciri ini juga dipraktikkan sekolah antarabangsa ternama di Singapura. Saranan-saranan ini munasabah dan tidaklah mahal.

Walaubagaimanapun, perubahan ini tidak mungkin disyorkan MOE. Ianya sesuatu yang patut difahami dan dimohon warga Singapura dengan satu suara, agar keadaan akan dirombak secara keseluruhan (dan bukan sekadar perubahan kecil seperti pengumpulan berdasar subjek untuk PSLE).

Teraskan usaha ini atas harapan murni dan dasar-dasar pemerkasaan bagi kami ibu bapa / warga, demi generasi Singapura yang kami  didik di dalam rumah kami. Andainya Singapura menanam azam untuk menjadi masyarakat bertaraf dunia,

kita akan mencapainya! 
 

Kerana kesihatan dan kesejahteraan Singapura pada masa hadapan - dari segi ekonomi, politik, dan kewarganegaraan - bergantung kepadanya. 

Bilangan responden yang telah mengisi tinjauan kami untuk menunjukkan sokongan mereka!

206

Singaporeans/PRs, of whom:

183

Parents/ guardians

60

Teachers/ educators (former & current)

00

Students - primary school

00

Students - secondary school

04

Students - post-secondary/ tertiary

Apakah yang disokong oleh responden?

96%

support having 25 Children or less in every primary school classroom

73.3%

support having a ‘through train' from each primary school to a partner secondary school (PSLE optional)

97.6%

support having enough well-trained support professionals in schools for our children and teachers

0%

do not support any of the above

bottom of page