Marilah Mohon
Sistem Pendidikan yang sedia mengharungi cabaran masa hadapan, untuk setiap kanak-kanak.
Apakah pendapatmu? Adakah sistem pendidikan Singapura pada masa kini mampu mendidik setiap kanak-kanak sesempurna mungkin?
Adakah kami mampu mempertingkatkan daya kreatif, daya pemikiran kritikal, daya tahan mental, dan kemahiran pergaulan dan emosi mereka, untuk hadapi cabaran di Singapura pada masa hadapan? Kami, yang juga ibu bapa, berpendapat bahawa jawapannya adalah ‘tidak’.
Baru-baru ini, warga Singapura diundang untuk menyumbang harapan dan aspirasi kepada inisiatif ‘Forward Singapore.
Kami sebagai ibu bapa prihatin mengesyorkan 3 perubahan utama untuk membawa sistem pendidikan pulang ke landasan. Kami telah berbincang dengan ramai ibu bapa, guru-guru, ahli akademik, dan pelajar-pelajar. Kami juga akan libatkan lebih ramai lagi warga Singapura untuk dapatkan maklum balas atas rancangan kami. Kesemua ini akan disalurkan ke pemimpin Generasi keempat di sesi konsultatif ‘Forward Singapore’.
Bersuaralah dan mohonlah perubahan yang anak-anak kita semua perlukan.
Apakah Masalahnya?
Sebagai seorang ibu / bapa / guru / pelajar / warga yang prihatin: Pernahkah anda menghadapi perkara-perkara berikut?
● Seorang kanak-kanak yang merasakan kesemua mata pelajarannya terlalu susah?
● Seorang kanak-kanak yang tiada minat di sekolah, atau tiada minat untuk belajar?
● Seorang kanak-kanak yang menghadapi tekanan / masalah emosi?
● Bimbang akan masa hadapan anak?
● Bimbang anak anda tidak dapat mencapai taraf kehidupan setanding anda?
● Berpendapat bahawa anak anda boleh meraih pencapaian yang lebih tinggi sekiranya anda lebih wang dan mampu mendapatkan tuisyen untuknya?
● Terpaksa mengambil cuti untuk membimbing anak yang bakal menduduki PSLE?
● Mempunyai tali perhubungan yang semakin tegang dengan anak anda, dan buntu akan cara untuk mendorong mereka untuk terus berjuang?
● Kurang pasti samada anda sudah melakukan sedaya upaya sebagai seorang ibu/bapa demi mempersiapkan diri untuk masa hadapan?
*penggunaan istilah 'sistem pendidikan', 'sekolah', 'bilik darjah', 'guru', 'Pengetua' dan 'MOE' dalam lelaman ini dan lelaman-lelaman berkaitan berdasarkan keadaan di sekolah-sekolah rendah dan menengah di Singapura, melainkan diterangkan sebaliknya.
Adakah sistem pendidikan Singapura sudah melakukan yang terbaik untuk setiap kanak-kanak?
Adakah keadaan ini yang paling sempurna untuk kanak-kanak, ibu bapa, dan guru-guru? Singapura adalah sebuah negara kaya dan maju, yang mendahului negara-negara lain dalam banyak perkara. Kita sememangnya mampu memperelokkan pendidikan kanak-kanak kita.