top of page

Tentang Kami

Kami adalah warga Singapura, sebilangan besar ibu bapa, yang prihatin samada sistem pendidikan berupaya untuk mempersiapkan anak-anak kami untuk ekonomi masa hadapan. Kami berganding bahu demi berkhidmat untuk Singapura, dan melakarkan saranan-saranan ini berdasarkan pengalaman dan perbincangan dengan ibu bapa lain, pendidik, penyelidik, dan para pelajar. Kami melakukan ini semua secara peribadi, tanpa kaitan dengan kerjaya masing-masing, dan tiada kaitan sebarang badan politilk.

Pasukan Utama

 

Pooja Bhandari menerajui Impact and Special Projects bagi AWWA. Selama 6 tahun, beliau berkhidmat di Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga dan mengepalai dasar-dasar intervensi awal bagi kanak-kanak kurang upaya, dan kemudiannya dalam perancangan tenaga manusia bagi sektor khidmat sosial. Latar belakang beliau termasuk peranannya sebagai diplomat di bawah Kementerian Hal Ehwal Luar Negara (MFA) dan juga ahli Lembaga Tasek Jurong dan Majlis Antarabangsa UNICEF.

 

Beliau telah mengeluarkan kertas putih EveryChild.sg setelah menjadi saksi terhadap jurang luas dalam matlamat dan sumber pelajar antara sekolah-sekolah tempatan dengan sekolah-sekolah antarabangsa di Singapura. Jurang luas ini dilihat membekaskan perbezaan ketara dalam hasil perkembangan kanak-kanak.

 

Aarathi menyelia pelaksanaan misi strategik, menyokong ED dalam pengurusan sumber dan kapasiti seiring dengan kemajuan pertubuhan ini. Dalam semangat keusahawanan, dirinya terpanggil untuk menghubungkan rakan-rakan komuniti melalui penggerak-penggerak yang dekat di hatinya. Khususnya, dalam pemberdayaan sosial wanita dan kanak-kanak melalui pendidikan dan pekerjaan. Aarathi turut menjadi penceramah KeyNote bersama Direktori Wanita Keynote dan berkhidmat sebagai ahli Lembaga AWARE selaku bendahari.

 

Dawn Fung merupakan pengarang Homeschooling in Singapore: An Education, and the founder of Homeschool Singapore. Beliau menerajui Little U, sebuah syarikat pakar runding sekolah mikro dengan pasukan yang kukuh, terdiri daripada para ibu bapa dan pendidik berpengkhususan dalam pendidikan bersifat peribadi (personalised education). Kini, beliau sedang mengusahakan sebuah manifesto 30 tahun untuk menyaksikan perubahan dalam pendidikan, yang mana setiap anak, ibu bapa dan pendidik mempunyai hak dan akses penuh kepada pendidikan yang bermutu tinggi.

 

Dr Hana Alhadad ialah pejuang kepelbagaian dalam keupayaan minda (neurodiversity), pereka kegiatan terapi dan seorang ibu yang percaya akan kebebasan buat anak-anaknya. Dr Hana berbekalkan pengalaman luas dalam pembangunan masyarakat dan psikologi, dan kini giat menyokong kanak-kanak dan keluarga pelbagai keupayaan, ibu-ibu tunggal dan mangsa-mangsa keganasan dalam keluarga, serta hal ehwal kanak-kanak dan belia.

 

Beliau menerapkan komunikasi berbelaskasihan dan pendekatan celik trauma dalam peranan profesionalnya selaku pengkaji di AWARE dan fakulti adjung di Universiti Nasional Singapura, serta dalam kerja-kerja kemasyarakatan dan kehidupan peribadinya

 

John Tan seorang pengasas Saturday Kids — sebuah sekolah yang menggalakkan rasa ingin tahu — dan Doyobi — sebuah startup pendidikan berteraskan teknologi (edtech) yang membantu kanak-kanak membina kemahiran melalui penyelesaian masalah secara kolaboratif dalam metasemesta.

 

Beliau juga pelabur dalam startup teknologi, khususnya dalam startup yang mencorak semula masa hadapan pekerjaan dan pembelajaran seperti Padlet, Kubrio, Contra dan Beanstalk. John seorang Pemimpin Asia-Pasifik Yayasan Obama, Felo Transcend dan Pendaya Ubah Ashoka.

 

Beliau salah seorang ahli lembaga Ninja Van dan ErudiFi.

 

Joline Lim ialah seorang ibu, penyokong dan jurulatih keibubapaan transformasi yang telah melalui kehidupan sebagai seorang ibu tunggal dengan tanggungjawab untuk menyara ahli-ahli keluarga dengan cabaran-cabaran kesihatan mental. Beliau turut menyedari kepentingan pengasuhan hormat dalam asas pembangunan anaknya yang berkeupayaan pelbagai.

 

Dengan pendekatan yang lembut dan pelibatan aktif, beliau memberdayakan para pengasuh dan pendidik melalui ruang-ruang selamat di alam maya, sumber-sumber dalam talian dan menawarkan program-program sokongan bagi pendidikan menerusi “Nurturing Village” di bawah Chapter Zero, sebuah pusat kolektif dan sumber masyarakat yang tenang, kolaboratif dan celik traum

 

Tim Wong merupakan pendaya masyarakat dan seorang bapa dan penyokong bagi pengasuhan hormat serta pembaharuan pendidikan berkeperluan khas (SEN). Beliau telah bekerjasama dengan para ibu bapa yang juga menyokong perjuangan yang sama untuk meningkatkan kesedaran para pegawai pendidikan dan ibu bapa lain terhadap cabaran-cabaran SEN dalam sekolah-sekolah aliran perdana. Beliau turut bergiat aktif dalam meningkatkan keperluan bagi pengasuhan hormat melalui wadah Gentle Fathering SG di media sosial dan dalam kumpulan-kumpulan ibu bapa.

bottom of page